Cari @ Amanz

Waymo adalah antara syarikat terawal menawarkan perkhidmatan roboteksi swapandu yang boleh beroperasi tanpa campur tangan manusia. Bermula dengan teksi yang masih mempunyai pemandu manusia yang mengambil alih pemanduan dalam situasi kecemasan, Waymo kini menawarkan operasi teksi tanpa pemandu terus di Phoenix Arizona.

Dengan kejayaan ujian setakat ini, Waymo telah melancarkan pula roboteksi terkini mereka yang langsung tidak dilengkapi stereng di tempat duduk pemandu. Teksi direka di Sweden dan kemudiannya dibina pula oleh Zeekr, jenama kenderaan elektrik milik Geely. Teksi boleh membawa sehingga lima penumpang dan dilengkapi empat pintu yang menggeluncur.

Ia mempunyai ketinggian lantai yang rendah yang memudahkan penumpang kanak-kanak atau orang tua turun naik. Kerana tiadanya stereng dan pedal kawalan, ruang dalaman dan kaki penumpang adalah lebih luas. Waymo berharap teksi terbaru ini akan digunakan di Amerika Syarikat kelak selepas melepasi ujian keselamatan yang ditetapkan kerajaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd