Cari @ Amanz

Malaysia sudah memulakan pemberian dos penggalak sejak November tahun lalu bagi meningkatkan keberkesanan vaksin menentang wabak Covid-19. Dos penggalak diberikan di Malaysia selepas mengambil kira data saintifik pemberian dos penggalak di negara-negara lain. Israel ialah negara pertama di dunia yang memberikan dos ketiga kepada penduduknya dan kini menjadi negara pertama menawarkan dos keempat.

Vaksin Covid

Ujian pemberian dos keempat diberikan kepada individu yang berisiko tinggi dan berusia lebih 60 tahun bagi melihat sama ada ianya selamat diberikan kepada semua. Sebanyak 6000 individu akan terlibat dalam ujian ini di Israel. Keputusan ujian awal dijangka dapat diterbitkan dalam masa dua minggu sahaja lagi kerana 150 individu kumpulan pertama telah menerima dos keempat mereka. Kesemua ujian dilakukan bagi melihat sama ada dos keempat masih lagi efektif untuk meningkatkan kemampuan tubuh menentang Covid-19 atau sebaliknya..

Sumber New York Times

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd