Vaksin-vaksin Covid-19 yang digunakan sekarang didapati hanya berkesan sehingga purata lima bulan sahaj sebelum dos penggalak diperlukan. Inilah yang berlaku sekarang dengan Malaysia mula memberikan dos penggalak sejak November tahun lalu. Tetapi penyelidik dari Tokyo Metropolitan Institute of Medical Science, sedang cuba membangunkan vaksin Covid-19 yang mampu menentang jangkitan seumur hidup kepada penerima.
Selain keberkesanan seumur hidup, vaksin turut akan dapat dibawa pada suhu bilik ke pusat vaksinasi tidak seperti vaksin yang digunakan sekarang. Penyelidik membangunkan vaksin baharu ini berasaskan vaksin cacar. Virus vaccinia dengan komponen protein diubah dengan protein pancang dari virus SARS-CoV-2. D
Dalam ujian ke atas tikus makmal, tahap antibodi dalam tubuh kekal tinggi selama 20 bulan atau bersamaan degan sepanjang hayat seekor tikus. Dos kedua pula meningkatkan tahap antibodi sehingga 10 kali ganda. Ujian ke atas beruk pula mendapati tahap virus dalam tubuh kekal di bawah tahap pengesanan selepas tujuh hari dijangkiti. Selain itu penyelidik mendakwa kesan sampingan juga didapati lebih rendah berbanding vaksin lain.
Pada waktu ini ujian akan diteruskan dengan ujian ke atas manusia hanya dijangka dilakukan pada tahun 2023 dengan sasaran ia dikomersialkan pada tahun 2024.
Sumber Japan Times