Tahi Gajah Dikitar Semula Menjadi Batu Bata Di Thailand

Diterbitkan pada Jan 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Gajah ialah mamalia terbesar di muka bumi dan untuk kelangsungan hidup akan makan sehingga 300 kilogram tumbuh-tumbuhan setiap hari. Oleh itu tinja yang dihasilkan setiap hari adalah banyak dan mengandungi serat yang tinggi. Oleh sebab itu ia boleh dijadikan bahan asas untuk menghasilkan batu bata.

Bangkok Project Studio telah berjaya menghasilkan batu bata yang mengitar semula tahi gajah menjadi batu bata. Tahi dicampurkan dengan simen dan air untuk menjadikannya cukup keras sebagai bahan binaan. Proses menghasilkan bata tahi gajah ini masih sedikit sukar kerana perlu dibasahkan selama seminggu sebelum dikeringkan selama tiga minggu.

Ini satu lagi cara untuk mengitar semua bahan yang selama ini terbuang. Sebelum ini kami ada melaporkan usaha mengitar semula tahi khinzir menjadi bahan mentah pembinaan jalan raya dan air kencing manusia dijadikan bahan asas batu bata di Afrika Selatan.

Sumber Designboom

komen


© Amanz / 2022 Kami