Cari @ Amanz

Selain daripada Celcom yang telah mula mengaktifkan ciri panggilan VoTLE secara berperingkat kepada pelanggan prabayar Xpax mereka, kini Yoodo yang turut beroperasi pada rangkaian Celcom dilihat melakukan perkara sama.

Melalui ujian pada peranti kami sendiri, Yoodo dilihat telah mengaktifkan ciri rangkaian VoLTE, sekaligus membolehkan pengguna menikmati kualiti panggilan suara yang lebih berkualiti tinggi, selain masa sambungan yang pantas, dan tiada gangguan kepada rangkaian data internet ketika sedang menjawab panggilan suara.

Yoodo dilihat sedang mengaktifkan ciri VoLTE ini secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa sehingga berminggu sebelum semua pengguna dapat menikmatinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd