Instagram Sedang Membangunkan Ciri Berkongsi Skrin Peranti Ketika Panggilan Video

Diterbitkan pada Jan 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada sejumlah aplikasi panggilan video hari ini, ia membolehkan pengguna berkongsi skrin peranti ketika panggilan video – sekaligus memudahkan anda mempertontonkan apakah yang ingin disampaikan terus dengan mudah daripada skrin anda, atau menggunakannya dalam melakukan pembentangan atau perkongsian.

Terbaru, mengikut kod pembangunan pada Instagram, aplikasi sosial popular berkenaan dijangka akan menambah ciri perkongsian skrin ketika panggilan video.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan anda mempertontonkan apakah pada skrin anda ketika panggilan video. Tidak diketahui lagi penerimaannya kelak, tetapi ini akan memberikan lebih sebab untuk menggunakan Instagram dalam panggilan video.

Selain itu, sebelum ini, pihak Instagram turut mengatakan mereka akan memberikan lebih fokus terhadap arena video pada 2022 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami