Samsung Perkenal Monitor Pertama Dunia Dengan Skrin 4K 240Hz

Diterbitkan pada Jan 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini memulakan pengenalan produk CES 2022 mereka, dan telah memperkenalkan monitor generasi baharu ditujukan kepada para peminat permainan video, dinamakan Samsung Odyssey Neo G8.

Monitor ini hadir dengan skrin bersaiz 32-inci melengkung, menggunakan panel Quantum Mini LED. Monitor ini adalah pertama di dunia yang menggunakan skrin pada resolusi 4K (3840×2160), serta menawarkan rekaan melengkung 1000R. Ia turut hadir dengan sokongan kadar segar semula 240Hz bersama dengannya, selain kadar kecerahan mencapai 2000nits.

Bersama-sama monitor ini, ia turut hadir dengan sokongan HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, dan jugaa ciri CoreSync untuk selarikan pewarnaan pada skrin.

Buat masa ini, harga jualan dan lain-lain masih belum diumumkan lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami