Peralihan Penuh Apple Menggantikan Cip Intel Dijangka Selesai Pada Jun 2022

Diterbitkan pada Jan 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini telah menyatakan bakal melakukan peralihan kepada Apple Silicon – iaitu cip yang dibangunkan sendiri dalam tempoh dua tahun. Ini sekaligus akan membuatkan Apple menawarkan semua produk mereka menggunakan cip mereka, dan tidak menawarkan produk dengan cip intel lagi.

Pada hari ini, Apple sedia menawarkan MacBook Air, MacBook Pro, iMac dan juga Mac Mini menggunakan cip mereka tersendiri. Bergerak kehadapan, Apple dijangka memperkenalkan Mac Pro, Mac Mini baharu dan juga iMac Pro pada tahun 2022 ini.

Mengikut jangkaan Bloomberg, Apple dijangka melakukan peralihan sepenuhnya menjelang acara WWDC 2022 ini, yang dijangka berlangsung pada Jun.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat pelbagai produk diperkenalkan pada pertengahan pertama 2022 ini oleh Apple.

Selain produk Mac, Apple juga dijangka memperkenalkan cip M2 pada tahun 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami