Cari @ Amanz

Vivo Y21T kini dilancarkan secara rasmi. Melihat kepada penawarannya, ia hadir dengan sejumlah persamaan dengan Vivo Y33s – baik dari segi reka bentuk dan spesifikasi dalaman. Perbezaan utama hanya terletak pada penggunaan cip pemprosesan, saiz skrin dan kamera hadapan pada peranti.

Untuk spesifikasi khusus, peranti mempunyai skrin berukuran 6.51-inci LCD beresolusi HD+ (1600×720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 6GB RAM dengan memori maya mencapai 2GB dan storan dalaman sebesar 128GB. Turut melengkapinya adalah ruang tambahan menerusi kad microSD dengan had maksimum 1TB.

Seterusnya, ia juga hadir dengan sistem tri-kamera utama dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Dalam pada itu, bateri sebesar 5000mAh turut digunakan. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan FunTouch OS 12 berasaskan Android 11, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Harga jualan peranti adalah Rp 3.099.000 (~RM909) dan tersedia dalam dua pilihan warna seperti Midnight Blue serta Pearl White. Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran Indonesia terlebih dahulu.

Sumber : Vivo Indonesia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd