Carian
Gaming Hub Untuk Televisyen Pintar Samsung Membolehkan Penstriman GeForce Now Dan Stadia
January 3, 2022 Effi Saharudin

Gaming Hub telah diumumkan oleh Samsung hari ini untuk televisyen pintar 2022 mereka. Dengan perkhidmatan ini, pemilik televisyen boleh menstrim permainan video menggunakan GeForce Now, Google Stadia dan Utomik secara terus. Pemilik kemudian boleh mengawal permainan menggunakan alat kawalan PlayStation dan Xbox.

Di peringkat awal, televisyen pintar tahun 2022 akan diberikan Samsung Gaming Hub dengan Samsung mempunyai perancangan menawarkannya pada model televisyen terdahulu. Tiada maklumat sama ada penstriman pada resolusi 4K akan disokong tetapi Samsung berkata pihak mereka sedang bekerjasama dengan platform untuk menawarkan pengalaman yang terbaik. Selain menawarkan perkhidmatan penstriman, hab ini juga akan mengenalpasti konsol yang disambung bagi memberikan tetapan permainan yang optimum.

Selain Gaming Hub, televisyen-televisyen baharu turut akan menyokong ciri

  • Watch Together: Ciri melalukan panggilan video sambil menonton kandungan di TV bersama keluarga.
  • NFT Platform: Ciri membeli dan melakukan transaksi NFT terus dari televisyen terkini siri MICRO LED, Neo QLED dan The Frame.
  • Smart Calibration: Melakukan kalibrasi paparan skrin televisyen. Terdapat mod ringkas yang menala skrin dalam masa 30 saat atau mod profesional yang lebih terperinci mengambil masa 10 minit.

Kesemua ciri ini diperkenalkan oleh Samsung sempena acara CES 2022 yang berlangsung minggi ini di Las Vegas.

Sumber Samsung Global

Komen