Carian
Komputer Intel NUC Alder Lake Dijangka Akan Menggunakan Soket LGA Untuk Memudahkan Penaiktarafan CPU
January 3, 2022 Nazrin

Intel NUC, ataupun Intel Next Unit of Computing ialah konsep komputer kecil keluaran Intel yang menunjukkan bahawa sebuah komputer tidak semestinya perlu hadir dengan rekaan besar untuk menjadi berkuasa. Walaupun komputer ini hadir dengan banyak pilihan untuk komponen-komponen yang boleh digunakan, secara lazimnya CPU akan dipateri terus ke papan induk NUC tersebut.

Terkini, ia telah tertiris bahawa Intel NUC yang menggunakan CPU Alder Lake akan hadir dengan soket LGA pada papan induk. Ini bermakna bahawa secara teknikalnya, NUC akan datang akan hadir dengan bahagian CPU yang boleh dikeluarkan dan ditukar dengan mudah, dan pengguna dilihat boleh memilih penyejuk CPU mereka sendiri.

Sebelum ini, komputer NUC secara lazimnya hadir dengan soket BGA yang secara lazimnya bermakna bahawa CPU tersebut dilekapkan pada papan litar dan tidak boleh ditukar, walaupun komponen seperti memori dan storan boleh digunakan sebagaimana yang dimahui.

Butiran yang diketahui setakat ini mengenai NUC terbaru ini ialah ia hadir dengan dua slot memori DDR4 dan slot storan SSD NVMe PCIe 4.0. Dari segi sokongan GPU pula, ia dilihat bahawa ia akan hadir dengan sokongan Intel Arc Alchemist secara terbina juga.

Komen