Carian
Bagaimana Mencari Pusat Vaksin Terdekat Dengan Anda?
January 3, 2022 Aman

Kerajaan telah mula memberikan notifikasi kepada orang ramai melalui MySejahtera untuk pengambilan dos tambahan. Namun, anda juga boleh mendapatkan vaksin dos tambahan untuk Covid-19 melalui beberapa PPV terdekat – mengikut kapasiti.

Untuk memudahkan pencariann, anda boleh ke laman ProtectHealth, dan seterusnya memasukkan Negeri dan Bandar, kemudian melakukan carian. Ia seterusnya akan memaparkan senarai klinik-klinik dan pusat PPV terdekat dengan anda yang memberikan suntikan vaksin.

Namun, memandangkan tidak semua membenarkan vaksinasi tanpa janji temu, pengguna dinasihatkan untuk membuat panggilan dan menyemak bersama klinik berkenaan untuk penerimaan vaksinasi tanpa janji temu.

Komen