Volkswagen Malaysia kini bekerjasama dengan Filamen, dan telah hadir dengan koleksi NFT tersendiri, dinamakan sebagai “The Arteon”.
Volkswagen bekerjasama dengan dua artis digital dalam menjayakan projek ini, iaitu Jason Choo dan juga Syed Muhammad. Koleksi The Arteon ini menawarkan empat karya yang setiap satu dijual pada nilai 2.50BNB, iaitu sekitar RM5.5k setiap satu.
Karya ini diinspirasikan daripada Arteon R-Line 4MOTION. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Volkswagen Malaysia di Pentas hari ini.
Dengan penyertaan Volkswagen Malaysia ke arena NFT ini, tidak mustahil kita melihat lebih banyak syarikat menyertai arena NFT ini dalam masa terdekat dengan koleksi penawaran masing-masing.