Cari @ Amanz

Telekom Malaysia kini mengumumkan pengguna Unifi TV seluruh negara menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.

Telekom Malaysia sekadar menyatakan mereka menghadapi masalah teknikal sahaja buat masa ini, dan tiada maklumat lanjut berkaitan dengannya yang dikongsikan.

TM mengatakan pasukan mereka sedang bergiat dalam memperbaiki masalah ini secepat mungkin, dan akan berkongsi perkembangan berkaitan dengannya dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd