Toyota Bakal Melancarkan Sistem Operasi Automotif Menjelang 2025

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Toyota kini dilaporkan merancang untuk memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri khusus untuk kenderaan, menjelang tahun 2025 kelak.

Sistem operasi ini dijangka akan dilengkapi dengan sejumlah perkara, termasuk untuk mengawal kenderaan, sokongan swapandu, navigasi, pengurusan bateri dan sebagainya.

Toyota dijangka menggunakan sistem operasi ini pada kenderaan keluaran mereka seawal 2025 kelak, selain turut menawarkan kepada syarikat kerjasama seperti Subaru.

Selain Toyota, beberapa syarikat automotif lain turut sedang membangunkan sistem operasi sendiri, termasuk Daimler dengan Mercedes-Benz OS, dan juga Volkswagen.

komen


© Amanz / 2022 Kami