Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Dengan Snapdragon 680 Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia kini mengumumkan bahawa bakal hadir dengan sebuah lagi peranti baharu tidak lama lagi. Melihat perkongsian yang dimuat-naik di Facebook rasminya, peranti berkenaan akan dijana dengan cip Snapdragon 680.

Ini adalah cip dengan sokongan 4G yang diumumkan sekitar bulan Oktober lalu. Ia hadir dengan binaan lapan teras menerusi penawaran Kyro 260 bersama GPU Adreno 610. Penawarannya adalah seumpama cip Snapdragon 665 tetapi sokongan GPU adalah lebih baik.

Realme bagaimanapun mengambil pendekatan untuk terus berteka-teki mengenai nama model peranti tersebut. Tetapi, Realme mengatakan ia akan ditawarkan pada julat harga di bawah RM1,000 apabila rasmi kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini. Kami di Amanz turut akan mengemaskini mengenainya daripada masa ke semasa.

Sumber : Realme Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami