Honor Magic V Akan Dilancarkan Pada 10 Januari 2022

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahui, Honor telah berkongsi secara terbuka mengenai kewujudan peranti boleh-lipatnya dalam beberapa perkongsian terdahulu. Ia menggunakan pendekatan yang sama seakan sebuah Samsung Galaxy Fold dengan rekaan skrin boleh-lipat seumpama sebuah buku.

Penantian nampaknya bakal berakhir apabila Honor kini berkongsi tarikh pelancaran rasmi peranti ini menerusi kemas kini baharu di Weibo. Ia menunjukkan peranti akan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Januari 2022. Pada masa sama, poster turut memperlihatkan kemasan pada peranti dengan lebih jelas.

Di mana, ia akan mempunyai sistem tri-kamera di belakang yang disusun secara menegak. Dua daripada lensa dilihat lebih besar berbanding satu lensa di tengah. Selain itu, peranti juga turut ditawarkan dalam kemasan berwarna perak dengan corak yang berjalur. Panel hadapan pula menunjukkan penggunaan skrin berlubang untuk peletakan kamera swafoto tunggal.

Turut difahamkan, teknologi engsel pada peranti ini dipatenkan sendiri oleh Honor yang mana dikatakan antara ternipis di dalam industri. Peranti ini juga dijangka dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen1, menawarkan skrin utama sebesar 8.03-inci, dilengkapi skrin sekunder yang melengkung dan bateri dengan pengecasan pantas 66W.

Sumber : Honor Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami