MSI Mengacah Kolaborasi PC Dengan Siri Anime Neon Genesis Evangelion

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MSI, jenama pembuat dan pengeluar komponen dan peranti komputer terkemuka dari Taiwan baru-baru ini telah mengacah kolaborasi dengan siri anime terkemuka, iaitu Neon Genesis Evangelion.

Melalui video acah yang diterbitkan di Twitter, MSI dilihat memperlihatkan rekaan sebuah komputer desktop dengan corak warna salah satu robot gergasi dalam siri anime tersebut, iaitu EVA01 yang dipandu oleh Ikari Shinji, watak utama siri anime tersebut.

Kolaborasi ini, yang dinamakan MSI x Evangelion eProject dijangka akan memperlihatkan beberapa produk MSI yang akan hadir dengan corak warna robot-robot gergasi dari siri anime tersebut. Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah MSI bercadang untuk memperlihatkan keseluruhan penawaran projek ini, tetapi kami berharap ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami