Siri Realme GT2 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Gen 1, Skrin AMOLED 120Hz, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti Realme kini dikemaskini dengan model baharu menerusi pengenalan siri Realme GT2 yang terdiri dengan dua model berbeza – iaitu Realme GT2 dan Realme GT2 Pro. Kedua-duanya tampil dengan kemasan baharu yang lebih terkini bersama beberapa ciri dan penawaran yang lebih segar.

Bercakap mengenai Realme GT2 Pro, ia dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci AMOLED beresolusi WQHD+ (1440 x 3216 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Melengkapinya, sistem tri-kamera dengan tetapan 50-Megapixel (utama) (OIS)+ 50- Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (mikroskop) dan kamera swafoto 32- Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan Realme UI 3.0, rangkaian 5G terbina, NFC, bluetooth 5.2 dan sebagainya.

Kemudian, Realme GT2 pula dilengkapi skrin 6.62-inci AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Turut melengkapinya, sistem tri-kamera utama dengan tetapan 50MP + 50MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 16MP. Bateri sebesar 5,000mAh turut digunakan dengan pengecasan pantas 65W.

Realme GT 2 dijual pada harga serendah RMB2,599 (~RM1712), sementara itu Realme GT 2 Pro pula berharga serendah RMB3,699 (~RM2436). Buat masa ini, kedua-duanya hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu. Masih tidak diketahui bilakah ia bakal tiba untuk pasaran tempatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami