Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Olimpik Dilancarkan

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung ialah penaja Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing tahun ini. Seperti temasya Olimpik Musim Panas tahun lalu, Samsung melancarkan telefon pintar edisi khas tahun ini. Samsung Galaxy Z Flip3 edisi Olimpik ditawarkan dalam warna Winter Dream White dengan kemasan berwarna emas pada bingkai dan engsel. Terdapat logo Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada bahagian belakang.

Tiada perubahan dilakukan pada spesifikasi peranti dengan tema khas Sukan Olimpik diberikan bagi membezakannya dengan peranti edisi biasa. Di China Samsung Galaxy Z Flip edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk ini boleh dipesan pada harga RMB 7,999 (~RM 5268) sebuah dengan jualan dibuka pada 15 Januari tetapi tidak diketahui sama ada ia akan ditawarkan kepada pengguna antarabangsa pada waktu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami