Cari @ Amanz

Asus sedia mempunyai beberapa komputer riba memfokuskan permainan video dibawah siri ROG, selain termasuk telah hadir dengan sebuah tablet bersaiz 17.3-inci dinamakan Asus ROG Mothership beberapa tahun lepas. Namun, ia agak bersaiz besar, dan tidak begitu mesra untuk dipanggil tablet.

Hari ini, perkara berkenaan berubah dengan pengenalan Asus ROG Flow Z13. Ia hadir dengan skrin bersaiz 13-inci, dijana dengan cip Intel Core-H, dan grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti.

Tablet ini hadir dengan rekaan seumpama produk Microsoft Surface, menyertakan sokongan skrin pada kadar segar semula 120Hz, dan resolusi sehingga 4K. Ia turut dilengkapkan dengan pilihan memori LPDDR5-5200, selain PCIe SSD untuk storan, dan menyokong ciri pengecasan pantas.

Menjalankan sistem operasi Windows, pengguna boleh menikmati keseluruhan ciri komputer, dan turut menggunakannya dalam penyuntingan dan lain-lain.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk tablet ini masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd