Garmin Venu 2 Plus Dan Vivomove Sport Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 9 Hari

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Garmin melancarkan dua jam tangan pintar mereka di CES 2022. Garmin Venu 2 Plus ialah jam tangan dengan spesifikasi lebih tinggi kerana dilengkapi skrin 1.3″ AMOLED berbentuk bulat dan tubuh sebesar 43mm. Ia turut dilengkapi speaker dan mikrofon yang membolehkan ia melakukan panggilan telefon dan menyeru pembantu maya apabila ditambat pada sebuah telefon pintar.

Terdapat kesemua ciri penjejak kesihatan yang diperlukan seperti degupan jantung, SpO2, pernafasan, pola tidur dan stres. Aktiviti juga boleh dijejak menggunakan GPS terbina. Terdapat storan dalam Venu 2 Plus membolehkan ia menyimpan muzik secara luar talian menggunakan perkhidmatan seperti Spotify dan Deezer.

Tubuh jam kalis air sehingga 5 ATM untuk dibawa berenang dan turut hadir dengan ciri NFC Garmin Pay. Dengan sekali caj, Garmin Venu 2 Plus boleh beroperasi sehingga sembilan hari atau sehingga 8 jam jika GPS diaktifkan setiap masa. Ia dijual pada harga $450 (~RM1883) seutas.

Garmin Vivomove Sport pula ialah jam tangan pintar hibrid dengan muka jam analog dan skrin OLED di bahagian bawah. Apabila dipakai, Vivomove Sport kelihatan seperti jam tangan biasa dan skrin OLED hanya memaparkan maklumat apabila disentuh. Terdapat ciri penjejakan standard seperti Venu 2 Plus tetapi tiada ciri menjawab panggilan telefon atau menyeru pembantu maya.

Skrin walaupun bagaimanapun boleh memaparkan notifikasi yang diterima dari telefon pintar. Storan untuk muzik luar talian juga tidak disokong. Kemampuan ketahanan air juga sehingga 5 ATM. Bateri Vivomove Sport boleh bertahan sehingga lima hari. Jam tangan pintar ini dijual pada harga $180 (~RM753) seutas.

komen


© Amanz / 2022 Kami