Rekaan Oppo A96 5G Tertiris Menunjukkan Penggunaan Dwi-Kamera Di Belakang

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sedia hadir dengan beberapa variasi untuk model A95 sebelum ini. Misalnya, Oppo A95 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 800U yang diumumkan di China sekitar April tahun lalu. Kemudian, Oppo A95 4G pula yang dilengkapi cip Snapdragon 662 yang dijual di Malaysia pada RM1,099.

Dalam perkembangan terkini, pengganti untuk model berkenaan yang dikenali sebagai Oppo A96 5G didapati telah ditemui dalam beberapa imej pengolokan. Ia dikongsi oleh Evleaks menerusi ciapan di twitter, baru-baru ini. Ia menunjukkan peranti berkenaan kelak akan dilengkapi tubuh berkotak dengan panel hadapan sejenis rata seumpama Reno6 5G.

Skrin juga mempunyai lubang untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Pada masa sama, ia turut memperlihatkan binaan bezel yang besar pada bahagian dagu. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan sistem dwi-kamera di belakang dengan susunan lensa secara menegak. Turut kelihatan, terdapatnya dua bonggol kamera berbeza untuk setiap satu lensa tersebut.

Sisi kanan menempatkan butang kuasa, sementara itu sisi kiri pula terdapatnya butang laras audio dan ruangan untuk SIM. Peranti ini dijangka hadir dalam tiga pilihan warna, tetapi masih tidak diketahui bilakah Oppo bakal mengumumkannya secara rasmi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya daripada masa ke semasa.

Sumber : EvLeaks Twitter

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami