Microsoft Dan Qualcomm Bekerjasama Untuk Bangunkan Cip Khusus Kaca Mata AR

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft dan Qualcomm kini mengumumkan kerjasama, dan menyatakan bakal membangunkan sejumlah perkara berkaitan dengan arena realiti-terimbuh (AR). Kedua-dua syarikat turut menekankan yang mana mereka percaya kepada arena alam meta, dan akan terus memperluaskan ekosistem berkenaan.

Antara perkara yang akan dibangunkan sama adalah termasuk sebuah cip pemprosesan khusus untuk AR yang akan membolehkan pembangunan kaca mata AR yang ringan dan memberikan pengalaman baik kepada pengguna.

Disamping itu, kedua-dua syarikat juga ingin mengintegrasikan perisian seperti Microsoft Mesh dan juga Snapdragon Spaces XR Developer Platform.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya yang bakal dibawakan oleh kedua-dua pihak ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami