Elizabeth Holmes Berhadapan Penjara 20 Tahun Selepas Didapati Bersalah Menipu Pelabur Theranos

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elizabeth Holmes didapati bersalah menipu pelabur dalam skandal syarikat Theranos yang ditubuhkan oleh beliau. Selepas dibicarakan selama tiga bulan, juri mendapati Holmes bersalah dalam 8 dari 11 pertuduhan. Beliau walaubagaimanapun didapati tidak bersalah menipu kepada pesakit yang menggunakan mesin Edison ciptaan Theranos yang didakwa boleh mengesan pelbagai penyakit.

Ketika di kemuncak, Theranos mencapai penilaian $9 bilion kerana teknologi melakukan ratusan ujian kesihatan yang hanya memerlukan beberapa titik darah sahaja dipercayai dapat mengubah dunia perubatan. Pada waktu ini ujian kesihatan memerlukan beberapa tabung uji darah untuk melakukan perkara yang sama. Holmes didapati bersalah menipu pelabur tentang kemampuan sebenar mesin Edison mereka sedangkan teknologi yang diuar-uarkan masih belum wujud.

Pengasas Theranos kini berhadapan penjara sehingga 20 tahun dan dendan $250,000 untuk setiap kesalahan. Kejatuhan Theranos membuka semula mata dunia tentang bahaya melabur ke dalam syarikat tunas rintis yang menjanjikan evolusi teknologi tetapi kemudiannya hanya menjadi perkakasan wasap.

Sumber Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami