Cari @ Amanz

OnePlus 10 Pro belum dilancarkan secara rasmi tetapi spesifikasi utama peranti telahpun didedahkan sendiri oleh Pete Lau pagi ini. Seperti yang dijangka OnePlus 10 Pro menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1, skrin Fluid AMOLED 120Hz, kamera utama 48+50+8 dengan dwi-OIS, kamera swafoto 32MP, bateri 5000 mAh, pengecasan pantas berwayar 80W SuperVOOC , pengecasan nirwayar 5W AirVOOC dan Android 12.

Turut disahkan ialah kolaborasi OnePlus dengan Hasselblad akan diteruskan untuk tahun kedua pada peranti mercu ini. Yang menjadikan pengumuman ini menarik ialah sistem pengecasan yang disokong kini menggunakan nama VOOC dan bukan lagi Dash Charge. Jelas OnePlus kini telah kembali ke Oppo sepenuhnya. OnePlus 10 Pro akan dilancarkan secara rasmi di China pada 11 Januari hadapan.

Sumber @PeteLau

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd