Cari @ Amanz

NVIDIA pagi ini melancarkan beberapa kad grafik baharu untuk komputer riba dan desktop dengan kemampuan memainkan permainan video dengan ray tracing diaktifkan. NVIDIA GeForce RTX 3050 ialah kad untuk desktop pertama dari siri 50 yang boleh memainkan permainan ray trace pada pada kadar bingkai 60 FPS. Ia dilengkapi teras RT generasi kedua, teras Tensor gen-3 untuk DLSS dan kecerdasan buatan dan memori 8GB GDDR6. Kad pertama akan mula dijual pada 27 Januari hadapan.

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti pula dilancarkan untuk komputer riba menggunakan teknologi Max-Q generas ke-empat. NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti misalnya dilengkapi memori 16GB GDDR6 yang terpantas pernah digunakan pada komputer riba. Menurut NVIDIA, ia juga lebih berkuasa berbanding kad grafik desktop Titan RTX.

NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti pula menawarkan peningkatan kemampuan grafik sehingga 70% berbanding GeForce RTX 2070 SUPER. Tambah NVIDIA lagi, komputer riba dengan RTX 3080 Ti adalah sehingga tujuh kali ganda lebih pantas berbanding MacBook Pro 16 M1 Max dalam menghasilkan tugasan 3D. Antara komputer riba yang akan menggunakan GPU terkini ini ialah model kemas kini Razer Blade 14,Asus Zenbook Pro Duo dan MSI Creator Z17. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd