Intel Sasar Komputer Riba Dengan Skrin Boleh-Lipat Akan Dipasarkan Meluas 2022 Ini

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel merupakan pengeluar cip pemprosesan terkemuka untuk komputer, sekaligus turut sering mengawal sejumlah peranti baharu yang hadir ke pasaran. Untuk tahun 2022 ini, Intel menyasarkan komputer riba denga skrin boleh-lipat bakal dipasarkan meluas oleh pengeluar.

Untuk tujuan berkenaan, Intel hari ini mengumumkan spesifikasi untuk skrin boleh-lipat. Pada masa yang sama, mereka memperlihatkan beberapa rekaan yang mungkin kita lihat dari segi pengeluaran komputer riba pada hari ini.

Sebelum ini, Intel sedia memperkenalkan bersama Lenovo, komputer riba dengan skrin boleh-lipat, ThinkPad X1 Fold. Namun, ia tidak menerima ulasan yang memuaskan dari segi prestasi dan sokongan sistem operasi.

Dengan sasaran baharu ini, kita mungkin akan turut melihat Microsoft menambah sokongan peranti dengan skrin boleh-lipat pada Windows 11 – disamping melihat lebih ramai pengeluar hadir dengan penawaran masing-masing, sekaligus membawa kos pengeluaran skrin boleh-lipat lebih rendah.

komen


© Amanz / 2022 Kami