Oppo Enco Air2 Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 24 Jam

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini mengumumkan penawaran baharu untuk rangkaian aksesori audionya di China. Melaluinya, Oppo Enco Air2 telah diperkenalkan yang mana menjadi model pengganti untuk Oppo Enco Air yang diumumkan pada tahun lalu. Ia juga masih mengekalkan beberapa ciri yang terdapat pada model sebelumnya, tetapi tidak bermakna langsung tiada penambahbaikan yang diberikan.

Jelas kelihatan, Oppo Enco Air2 meneruskan reka bentuk asal generasi sebelumnya. Ia lengkap dengan fon telinga dari jenis terbuka bersama tubuh bertangkai panjang yang menyokong kawalan sesentuh. Seterusnya, sepasang pemandu audio utama sebesar 13.4mm dengan talaan teknologi Enco Live daripada Oppo turut digunakan. Di mana, ia mampu menjadikan bunyi audio lebih seimbang, sekaligus memenuhi keperluan pengguna yang mahukan terbaik.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi mod latensi serendah 94ms dalam mod permainan, di samping bateri 207mAh yang mampu menawarkan ketahanan mencapai 24 jam dengan sekali pengecasan. Tambatan pantas juga boleh dilakukan menerusi Bluetooth 5.2, selain fon telinga ini turut sesuai digunakan ketika bersenam kerana dilengkapi penarafan kalis air IPX4.

Di China, Oppo Enco Air2 dijual pada harga RMB199 (~RM131) dan boleh didapati dalam beberapa pilihan warna termasuklah hitam, biru, putih dan sebagainya. Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah ia akan ditawarkan untuk pasaran luar.

Sumber : Oppo China

komen


© Amanz / 2022 Kami