Cari @ Amanz

Tencent, gergasi internet dari China, kini mengumumkan mereka menjual pegangan sebanyak 2.6% pada Sea. Ini dijangka akan membawa pulangan sebanyak lebih $3 bilion kepada pihak Tencent, yang akan digunakan dalam pelaburan baharu dan memperkukuhkan ekosistem.

Sea merupakan syarikat disebalik Shopee, Garena, dan juga ShopeePay. Sea dilihat terus mengukuhkan kedudukan dalam arena edagang di rantau Asia Tenggara, disamping turut memperluaskan penawaran ke negara-negara lain seluruh dunia.

Sebelum ini, Sea menghadapi masalah di India ketika perluaskan perkhidmatan di sana – disebabkan oleh pegangan oleh firma dari China, iaitu Tencent.

Dengan perubahan baharu ini, Tencent kini mempunyai pegangan sekitar 18.7% pada Sea, berbanding sebelum ini sebanyak 21.3%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd