Anker Melancarkan Anker 736 Nano II 100W – Pengecas GaN Terkecil Dunia

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GaN adalah komponen terkini untuk produk pengecasan seperti pengecas atau power bank. Komponen ini mampu mengendalikan arus elektrik dengan lebih baik, menguruskan penggunaan kuasa serta mengawal suhu dengan baik. GaN sering ditemui dalam produk dengan piawaian Power Delivery.

Anker, Nubia, Xiaomi, dan banyak lagi jenama sudah ada pengecas GaN tersendiri. Dengan GaN juga rekaan pengecas boleh menjadi kecil lagi-lagi yang berkuasa besar. Terkini, Anker telah hadir dengan Nano II 100W – pengecas USB-C GaN 100W dengan saiz paling kompak pernah dihasilkan.

Ia mempunyai 1x port USB-A dan 2x port USB-C. Dengan kuasa 100W ini, pada satu port sahaja sesebuah peranti boleh dicas pada maksima 1200W jika disokong. Ia juga mempunyai teknologi Anker PowerIQ 3.0 untuk sokongan PPS yang baik untuk mengecas pelbagai peranti dan pengecas ini boleh tahu peranti itu memerlukan berapa W kuasa.

 Anker 736 Nano II 100W ini hanya akan dijual pada Mac akan datang. Harga jualan adalah $79 iaitu sekitar RM331. Ia agak mahal berbanding Nubia dengan 120W pada harga sekitar RM150 sahaja. Apa-apa pun, Anekr ada keunikan tersendiri dan kepakaran mereka. Adakah ini yang anda cari nanti?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami