Oppo A96 5G Kini Rasmi – Skrin OLED, Snapdragon 695, Kamera 48MP

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru sahaja tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular, kini Oppo A96 5G telah diumumkan secara rasminya di China. Peranti hadir dengan binaan tubuh berkotak bersama skrin sejenis rata, di samping dwi-kamera di belakang yang diletakkan dalam bonggol berbeza.

Untuk spesifikasi khusus, peranti menampilkan skrin sebesar 6.43-inci OLED beresolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia seterusnya dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut melengkapinya adalah bateri 4,5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 48MP (utama) + 2MP ( kedalaman), manakala kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP yang ditempatkan pada lubang di panel hadapan. Lain-lain spesifikasi adalah menjalankan ColorOS 12, pengimbas cap jari terbina pada skrin dan sebagainya.

Untuk harga jualan, Oppo A96 5G dijual pada RMB1,999 (~RM1,319) untuk seunit. Terdapat beberapa pilihan warna yang tersedia seperti Apricot Powder Warm Sun, Colored Glaze dan Night Dream Night Star. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu.

Sumber : Oppo China

komen


© Amanz / 2022 Kami