YouTube Dikatakan Akan Mengatasi Netflix Dari Segi Pendapatan Pada 2022

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan perkembangan internet yang menawarkaan akses yang laju, ia juga turut membawa kepada populariti perkhidmatan video seperti YouTube dan Netflix.

Walaupun terdapat puluhan perkhidmatan penstriman berbeza, tetapi dari segi pendapatan, ia masih memperlihatkan peningkatan positif dikalangan pelbagai perkhidmatan.

Namun, untuk tahun 2022 ini, YouTube dijangka akan mengatasi pelbagai perkhidmatan penstriman video lain dari segi pendapatan. Pada suku terakhir lepas, YouTube mencatatkan pendapatan sebanyak $7.2 bilion, sementara Netflix menerajui pasaran dengan angka $7.5 bilion.

Berbeza dengan Netflix yang mempunyai kerjasama dengan sejumlah syarikat penerbitan terkemuka, selain mempunyai pengguna berbayar – YouTube pula beroperasi lebih sebagai sebuah platform sosial. Pada masa yang sama ia turut mempunyai kelebihan seperti penstriman langsung dan sebagainya.

Penganalisa sama turut menganggarkan perniagaan YouTube sahaja bernilai sekitaar $700 bilion sebagai sebuah syarikat berasingan – berbanding Netlix sekitar $265 bilion.

komen


© Amanz / 2022 Kami