Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan menawarkan akses ke semua saluran di Unifi TV tanpa kos tambahan bermula 14 Januari 2022 sehingga 12 Februari 2022.

Selain itu, untuk pelanggan pek Ultimate, Unifi TV akan memberikan satu baucar untuk filem On Demand. Baucar berkenaan akan dihantar ke nombor telefon berdaftar bermula 14 Januari 2022 ini.

Sebelum ini, semalam Unifi TV menghadapi masalah untuk diakses, disebabkan oleh kebakaran. Ini membuatkan pelanggan Unifi TV di seluruh negara tidak dapat mengakses perkhidmatan berkenaan.

Pemberian akses percuma ini dilihat sebagai tanda minta maaf, dan ganti kepada rebat daripada pihak TM untuk pelanggan Unifi TV.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd