Intel Ingin iPhone Dan Apple Watch Mudah Digunakan Bersama Windows

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple adalah jenama terbaik yang menawarkan ekosistem lengkap untuk memudahkan hidup seseorang pengguna. Daripada telefon, jam, tablet, komputer, komputer riba, televisyen, aksesori audio, peranti berhubung dengan HomeKit semuanya agak baik digunakan bersama-sama. Tetapi dengan syarat kena fokus pada satu sistem, iaitu daripada Apple.

Di CES 2022, Intel dilihat ingin menawarkan pengguna komputer Windows dengan platform Intel Evo mereka mudah menggunakan Apple Watch dan iPhone. Jika sebelum ini dua peranti Apple ini sesuai digunakan pada macOS, kini ia boleh digunakan pada Windows.

Demo yang diperlihatkan adalah iMessage daripada iPhone boleh dipaparkan pada komputer Windows. Mesej tadi juga boleh dibalas. Kemudian, data pada Apple Watch boleh dipaparkan pada skrin komputer Windows bersama-sama dengan data ECG. Intel juga ingin memudahkan iPhone siar skrin ke TV pintar, selain turut ingin menawarkan fungsi seakan Apple Sidecar, tetapi antara tablet Android dan laptop Windows.

Intel menyatakan yang mereka turut ingin cuba bekerjasama dengan Apple bagi menjayakan konsep ini. Tetapi kita semua tahu yang ini adalah tidak akan berlaku. Apple dan ekosistem mereka adalah tertutup. Jika Intel ingin menjayakan konsep ini, mereka mungkin harus tawarkan secara perkhidmatan pihak ketiga tidak rasmi seperti Beeper.

komen


© Amanz / 2022 Kami