Cari @ Amanz

Selain daripada peranti pintar dan tablet, Nokia juga hadir dengan sejumlah penawaran aksesori audio. Salah satu daripadanya adalah Nokia Comfort Earbuds dan ia boleh dibeli di Malaysia pada harga RM199. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia seperti hitam dan putih. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian rasmi Nokia di Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi khusus, fon telinga ini hadir dengan pemandu audio sebesar 10mm bersama rekaan yang ergonomik untuk keselesaan pengguna. Dengan bateri sebesar 330mAh, fon telinga ini mampu beroperasi sehingga 29 jam – di mana 9.5 jam masa mendengar untuk fon telinga itu sendiri dan boleh meningkat kepada 19.5 jam dengan pod pengecas. Untuk pengecasan semula, terdapat port sambungan USB-C yang boleh digunakan.

Seterusnya, tambahan pantas pula boleh dilakukan menerusi sokongan Bluetooth 5.1. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mampu beralih antara satu atau dua peranti secara serentak untuk panggilan telefon. Tidak ketinggalan, ia juga menampilkan penarafan kalis air IPX5 yang sesuai untuk kegunaan ketika bersenam.

Sumber : Facebook Macpie Distribution

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd