Kerajaan kini bergerak aktif dalam memastikan orang ramai menerima dos penggalak untuk vaksin, sekaligus melindungi orang ramai daripada wabak Covid-19.
Melalui perkongsian terbaru, pada semalam sahaja, lebih 230,000 orang telah menerima suntikan dos penggalak. Pada masa yang sama, lebih 700,000 janji temu telah dihantar sepanjang malam semalam untuk mengambil vaksin pada minggu hadapan.
Disamping itu, mengikut perkongsian, lebih sejuta lagi janji temu akan dihantar pada malam ini dan esok dalam memastikan semua menerima dos penggalak secepat mungkin.
Orang ramai diminta menyemak aplikasi MySejahtera untuk melihat janji temu, dan mengesahkan kehadiran dalam mengambilnya.