Cari @ Amanz

Lenovo telah mengeluarkan jam meja pintar sejak 2019. Pada awalnya ia hanya menyokong pembantu maya Google Assistant tetapi kini dengan Lenovo Smart Clock Essential, ia akhirnya menyokong pembantu maya Alexa. Dari segi rekaan ia adalah sama degan Lenovo Smart Clock 2 yang dilancarkan pada Jun tahun lalu.

Skrin 4″ LED monokrom dipadankan dengan pemproses Amlogic AM113X, memori 4GB RAM dan storan 4GB RAM. Sebuah speaker sebesar 1.5″ 3W diletakkan di bahagian hadapan. Dua buah mikrofon pula sentiasa mendengar arahan yang diberikan oleh pemilik.

Bagi menceriakan lagi bilik tidur, dermaga Lenovo Ambient Light Dock turut dilancarkan dengan lampu terbina. Apabila disambungkan, ia akan menyala dan turut mengubah “wajah” paparan skrin apabila dalam mod tidur. Dermaga ini turut serasi digunakan oleh Smart Clock 2. Lenovo Smart Clock Essential dijual pada harga $60 (~RM251) sementara dermaga dijual pada harga $30 (~RM125) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd