Carian
Yoodo Mengumumkan Sokongan VoLTE Untuk Pixel 6 Dan Pixel 5a 5G
January 5, 2022 Fahim Zahar

Google Pixel adalah antara peranti kegemaran bagi peminat teknologi. Ini kerana penawaran Google kepada perisian dan kemampuan kamera berbeza dengan kebanyakan pesaing. Walaupun peranti ini tidak dijual di Malaysia secara rasmi, ada banyak pepijat dan masalah – masih ramai pengguna di Malaysia menggunakan peranti ini.

Ini menyebabkan syarikat telekomunikasi seperti XOX dan Yoodo menawarkan sokongan kepada peranti-peranti Pixel. Lebih menarik, dua syarikat telekomunikasi ini antara terawal menawarkan sokongan eSIM kepada Pixel berbanding telko gergasi lain.

Terkini, Yoodo dilihat meneruskan sokongan Google Pixel untuk pengguna tempatan dengan menawarkan sokongan VoLTE kepada pengguna Pixel 6, Pixel 5a 5G, Pixel 4a 5g, dan Pixel 3/3XL. Kelima-lima peranti ini jika anda menggunakan pelan Yoodo anda boleh menikmati sokongan VoLTE secara rasmi dengan mudah.

Sebelum ini ramai pengguna Pixel di Malaysia harus root peranti untuk mengaktifkan ciri ini. Kini Yoodo sudah tawarkan secara rasmi, giliran telko lain menawarkan perkara sama untuk memudahkan lagi pengguna. Ketiadaan 3G juga menyebabkan pengguna Pixel lebih terseksa berbanding sebelum.

Komen