Nokia melancarkan empat telefon pintar baharu kelas permulaan hari ini. Nokia G100 dilengkapi skrin 6.5″ HD+, dijana cip Snapdragon 615, tri-kamera utama di bahagian belakang dan bateri sebesar 5000 mAh. Sementara itu G400 pula dilengkapi skrin 120Hz, dijana cip Snapdragon 480 5G, memori 6GB, storan 128GB dan tri-kamera utama. Spesifikasi lebih lengkap masih belum dikongsi oleh pihak HMD Global.

Nokia C100 dan C200 pula dilengkapi cip MediaTek Helio A22, memori 3GB RAM, storan 32GB, bateri 4000 mAh dan satu kamera di bahagian belakang. Perbezaan di antara kedua-dua model ialah C200 dilengkapi skrin lebih besar 6.1″.

Nokia G100 dijual pada harga $149 (~RM624) , Nokia G400 pada harga $239 (~RM1002), Nokia C100 pada harga $99 (~RM415) dan Nokia C200 pula pada harga $119 (~RM499) sebuah.
Sumber NokiaPowerUser