Samsung Galaxy S21 FE Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM2499 Melalui Promosi Pra-Tempahan

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan yang berminat untuk mendapatkannya.

Galaxy S21 FE hadir dengan cip Exynos 2100, menawarkan memori 8GB RAM, dan pilihan tri-kamera belakang serta kamera swafoto 32-megapixel. Ia turut hadir dijana dengan Android 12, selain antaramuka OneUI 4.0.

Bagi pengguna tempatan yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk Samsung Galaxy S21 FE 5G bermula 6 Januari hingga 10 Januari 2021 ini. Anda boleh gunakan kod “AZS21FE” dan mendapatkan diskaun sebanyak RM400, melalui laman rasmi Samsung.

Ini sekaligus menjadikan harga pembelian Galaxy S21 FE versi 256GB menjadi RM2699, sementara versi 128GB menjadi RM2499. Bersama-sama dengannya juga, Samsung menawarkan perlindungan Samsung Care+ selama setahun dan perlindungan kerosakkan cecair bernilai RM220.

komen


© Amanz / 2022 Kami