Cari @ Amanz

Meta atau Facebook sedia mempunyai penawaran realiti-maya mereka tersendiri pada hari ini, dibawah Oculus. Namun, ia masih menjalankan variasi sistem operasi Android yang diubah-suai dalam menjana Oculus Quest VR.

Dalam lebih mengoptimasikan dan menambah ciri-ciri tersendiri, sebelum ini Meta telah menubuhkan sebuah pasukan khusus dan ingin membangunkan sistem operasi tersendiri untuk arena realiti gabungan dan realiti maya ini.

Namun, kini mengikut laporan baru daripada The Information, Meta dilaporkan telah membatalkan perancangan berkenaan. Sebab disebaliknya juga tidak diketahui buat masa ini.

Sebagai ganti, Meta akan terus menggunakan sistem operasi Android yang diubah-suai untuk menajan peranti mereka.

Perancangan membangunkan sistem operasi tersendiri ini adalah sebahagian cara dalam mengurangkan kebergantungan kepada Google dan Apple, selain memberikan kelebihan kawalan ekosistem tersendiri.

Dengan perubahan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya untuk Meta dalam pembangunan alam meta mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd