Carian
Nokia 2760 Flip 4G Dilancarkan Dengan Rekaan Telefon Boleh-Lipat Klasik
January 6, 2022 Effi Saharudin

Sedang Samsung, Motorola dan Huawei gigih melancarkan telefon pintar skrin boleh-lipat yang mewah, Nokia kembali kepada fitrah mereka dengan menawarkan telefon boleh-lipat rekaan klasik. Nokia 2760 Flip 4G hadir dengan skrin kecil dengan resolusi 240×340 pixel, storan 32 GB dan kamera 5MP. Ini ialah model kemas kini kepada Nokia 2760 asal yang dilancarkan 14 tahun yang lalu.

Bateri hanya sebesar 1450 mAh tetapi boleh bertahan hampir 14 hari. Rangkaian selular 4G disokong membolehkan ia terus digunakan di dunia moden. Sementara itu sistem operasi yang digunakan pula ialah KaiOS yang membolehkan beberapa aplikasi popular seperti WhatsApp dan Google digunakan oleh pemilik. Dengan statusnya sebagai hanya sebuah telefon selular asas, Nokia 2760 Flip 4G dijula pada harga $79 (~RM336) sebuah.

Komen