Cari @ Amanz

Instagram hari ini mengumumkan mereka sedang menguji tiga pilihan paparan untuk skrin utama pada aplikasi perkongsian gambar dan video berkenaan, termasuk paparan secara kronologi.

Tiga bentuk pilihan yang ditawarkan adalah dalam bentuk “Home” yang menawarkan paparan secara algoritma seperti pada hari ini, pilihan paparan “Favorites” yang memaparkan kandungan daripada akaun yang anda gemari, dan juga “Following” yang memapaarkan kandungan mengikut kronologi mengikut masa perkongsian.

Ujian paparan ini telah dimulakan, dan dijangka diperkenalkan untuk semua dalam pertengahan pertama 2022 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd