Cari @ Amanz

Komputer riba gaming Legion tidak dilupakan juga oleh Lenovo di CES 2022. Jika siri ThinkPad dikemaskini dengan pemproses terkini, empat komputer riba gaming siri Legion 5 juga menerima pemproses terkini dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti yang diumumkan beberapa hari yang lalu.

Mulakan dengan Lenovo Legion 5i Pro dengan skrin 16″ WQHD+ dengan kadar segar semula 240Hz, G-SYNC, Dolby Vision dan keterangan mencapai piawaian VESA DisplayHDR 400. Dipadankan dengan CPU Intel Core i9-12900H Gen-12, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti 8GB GDDR6, memori sehingga 32G DDR5, storan sehingga 1TB SSD PCIe Gen 4 dan bateri 80Wh dengan pengecas pantas 230W.

Pilihan I/O pula ialah 1 x Thunderbolt 4, 3x USB-C 3.2, USB-A 3.2, HDM 2.1, RJ45, dan bicu audio. Sistem audio yang digunakan pula ialah 2W stereo dari Nahimic Audio. Kelajuan Internet yang pantas dapat dinikmati kerana terdapat sokongan untuk WiFi 6e. Sistem operasi ditawarkan pula ialah sehingga Windows 11 Pro. Papan kekunci berlampu dengan empat zon LED yang boleh dikustomasi.

Perubahan dilakukan pada sistem penyejukan dan rekaan sirip output udara bagi meningkatkan tahap penyejukan komponen dalaman. Tambah Lenovo lagi kipas juga direka semula bukan sahaja untuk menyejukkan tetapi mengurangkan bunyi bising ketika beroperasi. Hasilnya ialah siri Legion 5 adalah lebih nipis berbanding generasi terdahulu.

Lenovo Legion 5 Pro turut ditawarkan dengan spesifikasi yang sama tetapi dengan cip pemproses sehingga AMD Ryzen 9 6900HX. Tiada perubahan dilakukan pada rekabentuk.

Sementara itu Legion 5i pula hadir dengan skrin 15″ WQHD dengan kadar segar semula 165Hz, G-SYNC, dan Dolby Vision. Dipadankan dengan CPU Intel Core i7-12700H Gen-12, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti 8GB GDDR6, memori sehingga 32G DDR5, storan sehingga 1TB SSD PCIe Gen 4 dan bateri 80Wh dengan pengecas pantas 230W.

Pilihan I/O pula ialah 1 x Thunderbolt 4, 3x USB-C 3.2, USB-A 3.2, HDM 2.1, RJ45, dan bicu audio. Sistem audio yang digunakan pula ialah 2W stereo dari Nahimic Audio. Kelajuan Internet yang pantas dapat dinikmati kerana terdapat sokongan untuk WiFi 6e. Sistem operasi ditawarkan pula ialah sehingga Windows 11 Pro. Papan kekunci berlampu dengan empat zon LED yang boleh dikustomasi. Spesifikasi yang juga sentanding dengan model Pro. Sementara itu Legion 5 pula sama dengan Legion 5i cuma menggunakan pemproses sehingga AMD Ryzen 7 6800H.

Lenovo Legion 5i Pro ditawarkan pada harga bermula $1570 (~RM6596) pada bulan Februari manakala Legion 5 Pro pula pada harga $1430 (~RM6008) pada bulan April. Legion 5i pula dijual pada harga bermula $1200 (~RM5041) pada bulan Februari dan Legion 5 pula pada harga bermula $1130 (~RM4747) pada bulan April.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd