Razer Zephyr Pro – Pelitup Muka Dilengkapi Speaker Dan Mikrofon Untuk Kuatkan Suara

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer sedia menawarkan pelitup muka mereka tersendiri, dinamakan Razer Zephyr, dimana ia hadir dengan rekaan unik, termasuk dilengkapi pencahayaan RGB.

Ketika pengenalannya, ramai inginkan sebuah ciri khas, iaitu melantangkan atau menguatkan suara. Hal ini kerana ketika memakai pelitup muka, suara ketika kita bercakap kadang-kala sukar didengari.

Untuk menyelesaikan perkara berkenaan, kini Razer memperkenalkan Razer Zephyr Pro.

Razer Zephyr Pro hadir dengan pencahayaan lampu RGB, selain turut dilengkapi speaker dan mikrofon dalamnya untuk memastikan suara anda menjadi lantang ketika memakainya – membolehkan orang luar mendengar suara anda dengan jelas. Razer mengatakan ia boleh menjadikan suara lantang sehingga 60dB pada jarak 1 meter. 

Selain itu, ciri pengudaraan dan sebagainya turut disertakan pada pelitup muka ini.

Razer mengatakan ia bakal ditawarkan pada harga $150, yang turut hadir dengan 10 penapis.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami