Cari @ Amanz

Intel bersama Apple sedia bersaing dalam arena cip pemprosesan, dengan pengenalan semua cip pemprosesan baharu Apple mencatatkan skor lebih tinggi berbanding cip Intel.

Namun, untuk tahun ini, Intel dilihat memberikan cabaran baharu. Melalui cip Intel Core i9-12900HK yang terbaru, Intel memperlihatkan ia menawarkan prestasi lebih pantas berbanding dengan Apple M1 Max, mahupun Ryzen 9 5900HX.

Graf sama memperlihatkan cip Apple masih lebih mesra berbanding penggunaan tenaga. Disamping itu, ia juga menjadi persoalan bagaimana penggunaan cip Intel berkenaan di dunia sebenar, selain pengeluaran haba daripadanya untuk memastikan penggunaan lancar untuk jangka masa panjang.

Apa pun, persaingan dalam arena ini adalah agak baik untuk perkembangan teknologi – sekaligus menguntungkan pengguna dalam mendapatkan cip yang berkuasa dan menjimatkan tenaga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd