Cari @ Amanz

Kosovo Selasa lalu mengharamkan aktiviti perlombongan kripto keran mengakibatkan krisis tenaga yang paling teruk dalam masa sedekad. Kos kuasa elektrik yang murah di Kosovo menyebabkan ramai pelombong melakukan aktiviti. Dalam laporan Reuters, dengan hanya membayar bil elektrik sekitar RM800 sebulan, pelombong boleh mencatatkan keuntungan kripto sekitar RM11,500.

Kodak KashMiner

Tetapi dengan krisis sehingga 40% bekalan kuasa di Kosovo perlu diimport, ia mengakibatkan kerajaan kekurangan dana sehingga terpaksa melakukan pemotongan bekal elektrik secara berkala. Kosovo menjana elektrik menggunakan arang batu lignite kerana ia mempunyai simpanan lignite kelima terbesar di dunia. Walau bagaimanapun ia akan mencemarkan alam sekitar apabila digunakan sebagai bahan api.

Selain Kosovo, China dan Iran juga telah mengharamkan aktiviti perlombongan kripto kerana membebankan bekalan elektrik negara. Iran misalnya menawarkan bekalan elektrik yang murah tetapi dengan infrastruktur yang usang akibat sekatan ekonomi, ia tidak mampu menampung keperluan pengguna dan pelombong pada waktu yang sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd