Dizo Watch R Dan Buds Z Pro Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, dua produk keluaran Dizo telah diumumkan secara rasmi di India. Produk yang dimaksudkan adalah Dizo Watch R dan Dizo Buds Z Pro. Seperti namanya, Dizo Watch R merupakan seutas jam tangan, manakala Dizo Buds Z Pro pula adakah fon telinga nirwayar lengkap dengan rekaan jenis dalam telinga bertangkai.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Dizo Watch R dilengkapi panel berbentuk bulat bersama dua butang fizikal di sisi. Seterusnya, ia juga menampilkan skrin sejenis AMOLED sebesar 1.3-inci dengan lebih 150 pilihan muka jam yang ditawarkan secara berperingkat. Bukan itu sahaja, muka jam ini turut boleh dikostumasi dengan gambar pilihan pengguna sendiri.

Seterusnya, ia juga dilengkapi sejumlah sensor yang memfokuskan kesihatan seperti Spo2, kitaran waktu tidur, pemantauan degupan jantung seharian dan sebagainya. Di samping itu, ia turut menyokong lebih daripada 110 mod suka terbina untuk penggunaan lebih pelbagai. Bateri sebesar 280mAh turut disertakan dengan ketahanan mencapai 12 hari, selain turut sama menyokong penarafan kalis air 5ATM yang sesuai untuk dibawa berenang.

Seterusnya, Dizo Buds Z Pro pula hadir dengan pemandu audio sebesar 10mm yang turut menyokong pembatalan hingar aktif yang mampu mengurangkan bunyi sehingga 25db. Pada masa masa, ia juga dilengkapi pilihan mod transparensi dan kebolehan masa main balik mencapai 25 jam lamanya. Turut melengkapinya adalah sambungan port USB-C yang boleh digunakan untuk pengecasan semula, mod permainan latensi 88ms, Bluetooth 5.2, penarafan kalis air IPX4 dan sebagainya. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti biru dan hitam dengan kemasan jingga.

Untuk harga, Dizo Watch R dijual pada ₹3499.00 (~RM197), sementara itu Dizo Buds Z Pro pula berharga ₹2299.00 (~RM130). Buat masa ini, kedua-duanya hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja.

Sumber : Dizo Watch R, Dizo Buds Z Pro

komen


© Amanz / 2022 Kami