Lenovo Yoga 9i, Yoga 7i Dan Yoga 6 Kini Lebih Berkuasa Dengan Pilihan Skrin OLED

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Legion dan ThinkPad telah diberikan nafas baru pagi tadi dengan cip Gen-12 Intel Core. Kedua-dua siri komputer riba ini menyasarkan pengguna permainan video tegar dan profesional. Tetapi untuk pengguna biasa yang hanya ingin sebuah komputer kerja yang berkuasa, Lenovo Yoga 9i, Yoga 7i Dan Yoga 6 turut dikemaskini dengan cip Intel Core Gen-12 serta Windows 11 di CES 2022.

Lenovo Yoga 9i hadir dengan skrin 14″ 4K OLED, dipadankan dengan CPU sehingga Intel Core i7-1260P Gen-12, memori sehingga 16GB LPDDR5, storan 1TB SSD (Gen 4), dan bateri 75Wh dengan pengecasan pantas. Pilihan I/O adalah 2X USB-C 3.2, 1x USB-C, USB-A 3.2 dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio Bowers & Wilkins dilengkapi dua woofer dan dua tweet bagi menyokong audio Dolby Atmos.

Lenovo Yoga 7i 16″ hadir dengan skrin 16″ 2.5K IPS LCD dengan Dolby Vision, dipadankan dengan CPU sehingga Intel Core i7-12700H Gen-12, grafik Intel Arc A, memori sehingga 32GB LPDDR5, storan 1TB SSD (Gen 4), dan bateri 100Wh dengan pengecasan pantas. Pilihan I/O adalah 2X USB-C Thunderbolt 4, 2x USB-A 3.2, HDMI 2.0, pembaca kad mikro SD dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio komputer riba ini juga menggunakan empat speaker dengan Dolby Atmos. Komputer riba 2 dalam 1 ini turut boleh digunakan bersama sebuah stylus.

Lenovo Yoga 7i 14″ hadir dengan skrin 14″ 2.8K IPS LCD dengan Dolby Vision, dipadankan dengan CPU sehingga Intel Core i7-1260P Gen-12, grafik Intel Iris Xe, memori sehingga 16GB LPDDR5, storan 1TB SSD (Gen 4), dan bateri 71Wh dengan pengecasan pantas. Pilihan I/O adalah 2X USB-C Thunderbolt 4, 1x USB-A 3.2, HDMI 2.0, pembaca kad mikro SD dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio komputer riba ini juga menggunakan empat speaker dengan Dolby Atmos dan sokongan stylus.

Akhir sekali Lenovo Yoga 6 hadir dengan skrin 13.3″ FHD+ IPS LCD dengan Dolby Vision, dipadankan dengan CPU sehingga AMD Ryzen™ 7 5700U, grafik AMD Radeon, memori sehingga 16GB LPDDR4x, storan 1TB SSD (Gen 4), dan bateri 59Wh dengan pengecasan pantas. Pilihan I/O adalah 2X USB-C 3.2, 2x USB-A 3.2, HDMI 2.0, pembaca kad mikro SD dan bicu audio 3.5mm.

Yoga 6 adalah sebuah lagi komputer riba lestari dengan tubuh diperbuat daripada bahan aluminium kitar semula. Panel fabrik di bahagian penutup pula diperbuat daripada plastik yang dikitar semula.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami